ARTIKEL TERBARU

BICARA EDITOR TERATAK WACANA

DENGAN NAMA ALLAH 
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah bersyukur kita kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta nikmat kesihatan yang panjang, akhirnya terlaksana juga pembangunan blog ini. Blog ini dibangunkan bagi memenuhi pemberatan tugasan kumpulan bagi subjek BML3092 Analisis Wacana. Terima kasih kepada Dr. Norliza bt Jamaluddin selaku pensyarah kursus,  serta kepada para sahabat yang bertungkus lumus dalam menjayakan pembangunan blog ini. Tidak lupa juga kepada para penulis, pengkaji, penganalisis serta pihak lain yang terlibat dalam kajian lapangan analisis wacana sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Pembangunan blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu wacana Bahasa Melayu dan disesuaikan dengan taraf pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Seperti kita sedia maklum analisis wacana adalah sebuah kajian yang relatif dengan teks dan komunikasi.. Istilah wacana ini digunakan dalam segala bidang khususnya kajian-kajian ilmu sosial. Pembangunan blog ini juga merupakan usaha pelajar ISMP Bahasa Melayu UPSI dalam memperkenalkan kaedah baru ini mengenai dunia wacana Bahasa Melayu kepada pembaca. Tumpuan utama atau objektif pembangunan blog ini lebih ditekankan pada kajian analisis wacana dalam ilmu linguistik (bahasa) dan dalam ilmu komunikasi.

Memandang blog ini merupakan versi pertama, maka kami telah berusaha memberikan yang terbaik untuk anda semua. Bahan dan rujukan diperoleh daripada pelbagai sumber meliputi sumber jurnal, buku ilmiah, internet dan lain-lain. Semoga segala perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Marilah kita memenuhi tuntutan agama untuk terus meneroka ilmu Allah kerana ilmu tanpa agama lumpuh, agama tanpa ilmu buta. Selamat meneroka!

Read more

MAKLUMAT EDITOR




Read more

[A.A.W] INTERTEKS



Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.
Read more

[A.A.W] KEADAAN


Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

   Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.

   Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. 

Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.

Misalnya: 
“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”


Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.
Read more

[A.A.W] MAKLUMAT


Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:
  1. Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
  2. Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

  Sekolah itu dalam ayat (ii) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.
Read more

[A.A.W] PENERIMAAN



Sesuatu wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.
Read more

[A.A.W] TUJUAN


Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.





Read more