[A.A.W] KEADAAN
Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan
membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”,
misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa
seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari
terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja,
latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan
bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan
penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada
gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang
guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung
dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa
antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis
ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu
perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika
tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk
ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan
pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan.
Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan
maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.
Contohnya: “Kelmarin
dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut
sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu
harus mempunyai urutan yang berkait rapat.
Misalnya:
“Cikgu
Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru
besar.”
Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi.
Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya
disebut inferensi.
0 comments: