BICARA EDITOR TERATAK WACANA
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
Alhamdulilah bersyukur kita
kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta nikmat kesihatan yang
panjang, akhirnya terlaksana juga pembangunan blog ini. Blog ini dibangunkan
bagi memenuhi pemberatan tugasan kumpulan bagi subjek BML3092 Analisis Wacana.
Terima kasih kepada Dr. Norliza bt Jamaluddin selaku pensyarah kursus, serta kepada para sahabat yang bertungkus
lumus dalam menjayakan pembangunan blog ini. Tidak lupa juga kepada para
penulis, pengkaji, penganalisis serta pihak lain yang terlibat dalam kajian
lapangan analisis wacana sama ada secara langsung mahupun secara tidak
langsung.
Pembangunan
blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu wacana Bahasa Melayu dan
disesuaikan dengan taraf pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(ISMP). Seperti kita sedia maklum analisis wacana adalah sebuah kajian yang
relatif dengan teks dan komunikasi.. Istilah wacana ini digunakan dalam segala
bidang khususnya kajian-kajian ilmu sosial. Pembangunan blog ini juga merupakan
usaha pelajar ISMP Bahasa Melayu UPSI dalam memperkenalkan kaedah baru ini
mengenai dunia wacana Bahasa Melayu kepada pembaca. Tumpuan utama atau objektif
pembangunan blog ini lebih ditekankan pada kajian analisis wacana dalam ilmu linguistik
(bahasa) dan dalam ilmu komunikasi.
Memandang blog
ini merupakan versi pertama, maka kami telah berusaha memberikan yang terbaik
untuk anda semua. Bahan dan rujukan diperoleh daripada pelbagai sumber meliputi
sumber jurnal, buku ilmiah, internet dan lain-lain. Semoga segala perkongsian
ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Marilah kita memenuhi tuntutan agama untuk
terus meneroka ilmu Allah kerana ilmu tanpa agama lumpuh, agama tanpa ilmu buta.
Selamat meneroka!
0 comments: