[A.A.W] MAKLUMAT
Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri
daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama
ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah
maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca
tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.
Contohnya:
- Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
- Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
Sekolah itu dalam ayat (ii) merupakan maklumat lama
kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah
maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.
0 comments: