[A.T.W] TEORI WACANA
v Teori Sanat Md. Nasir
Menurut Sanat Md
Nasir (1998:122-124) berpendapat bahawa, teori-teori bahasa wacana sebelum ini
tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat
hubungan makhluk dengan Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan
tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu
:
ü Teori Atqakum
Teori ini
menggabungkan kepada deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepadaan
„atqakum‟. penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan
sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan. Dalam Teori Atqakum, mempunyai
konsep “alamma” memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan,
iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah
manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya
iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai “Wacana Plus
Plus”. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sauatu yang terbaik yang juga
dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus.
Hirarki
dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam konteks yang paling
luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa,
ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang
tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana
plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi
perkara-perkara ghaibi. Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan bahasa
pertuturan (literal) dengan bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih
luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan ikutan yang
terbaik.
Selain
itu juga, tatabahasa wacana plus plus bukan sahaja membincangkan unit-unit
tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul bahasa (Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa
wacana plus plus membincangkan perkara asal usul bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.
Menurut
Beaugrande dan Dressler (1986:17) : “If we assume that structures are always
the outcome of intentional operations, then even single sentences must evolve
through election rather than being derived
from abstract rules alone.”
Berdasarkan
petikan dapat difahami bahawa dalam sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan
dianggap telah terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan.
Tujuan wacana juga adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun
dengan memperhatikan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada
tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga
berfungsi untuk menyatakan suatu fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan
fikiran dapat disampaikan melalui struktur dan sistem yang bersangkutan dengan cara penyampaiannya.
Menurut
Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara
komponen dunia teks iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks
permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua
konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).






0 comments: