[A.T.W] FUNGSI PENANDA WACANA
Penanda wacana
ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang
berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan
seseorang semasa menulis atau berucap
dan ia amat penting dalam sesuatu teks
kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara
sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain
perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk:
i) menyambung ayat dengan ayat;
ii) melahirkan ayat-ayat dan perenggan
yang berkesinambungan, gramatis dan
bermakna.
iii) menghubungkan perenggan dengan
perenggan yang lain
Raminah Hj Sabran
(1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan telah
membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai panduan
kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. Nik
Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ada menyebut tentang
fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Samsu
Yaakob (2009) di dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak Sistem Ejaan dan
Tatabahasa Bahasa Melayu. Menurut mereka
ini, di dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama penandaan wacana seperti:
i) Penanda penghubung
ii) Penanda rujukan
iii) Penanda penggantian
iv) Penanda leksikal dan
v) Penanda elipsis atau pengguguran
TERIMA KASIH UNTUK KONGSI MAKLUMAT YANG BERMANFAAT...
ReplyDelete