[A.A.W] TUJUAN
Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk
tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan
oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu
wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.
Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang
adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya,
tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang
digunakan ialah ayat penyata.






0 comments: