BICARA EDITOR TERATAK WACANA

DENGAN NAMA ALLAH 
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah bersyukur kita kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta nikmat kesihatan yang panjang, akhirnya terlaksana juga pembangunan blog ini. Blog ini dibangunkan bagi memenuhi pemberatan tugasan kumpulan bagi subjek BML3092 Analisis Wacana. Terima kasih kepada Dr. Norliza bt Jamaluddin selaku pensyarah kursus,  serta kepada para sahabat yang bertungkus lumus dalam menjayakan pembangunan blog ini. Tidak lupa juga kepada para penulis, pengkaji, penganalisis serta pihak lain yang terlibat dalam kajian lapangan analisis wacana sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Pembangunan blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian ilmu wacana Bahasa Melayu dan disesuaikan dengan taraf pembelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Seperti kita sedia maklum analisis wacana adalah sebuah kajian yang relatif dengan teks dan komunikasi.. Istilah wacana ini digunakan dalam segala bidang khususnya kajian-kajian ilmu sosial. Pembangunan blog ini juga merupakan usaha pelajar ISMP Bahasa Melayu UPSI dalam memperkenalkan kaedah baru ini mengenai dunia wacana Bahasa Melayu kepada pembaca. Tumpuan utama atau objektif pembangunan blog ini lebih ditekankan pada kajian analisis wacana dalam ilmu linguistik (bahasa) dan dalam ilmu komunikasi.

Memandang blog ini merupakan versi pertama, maka kami telah berusaha memberikan yang terbaik untuk anda semua. Bahan dan rujukan diperoleh daripada pelbagai sumber meliputi sumber jurnal, buku ilmiah, internet dan lain-lain. Semoga segala perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan bersama. Marilah kita memenuhi tuntutan agama untuk terus meneroka ilmu Allah kerana ilmu tanpa agama lumpuh, agama tanpa ilmu buta. Selamat meneroka!

0 comments:

MAKLUMAT EDITOR




0 comments:

[A.A.W] INTERTEKS



Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

0 comments:

[A.A.W] KEADAAN


Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

   Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.

   Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. 

Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.

Misalnya: 
“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”


Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.

0 comments:

[A.A.W] MAKLUMAT


Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Contohnya:
  1. Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
  2. Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

  Sekolah itu dalam ayat (ii) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.

0 comments:

[A.A.W] PENERIMAAN



Sesuatu wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

0 comments:

[A.A.W] TUJUAN


Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.





0 comments:

[A.A.W] RUNTUTAN ATAU KOHEREN


Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

    Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

   Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut.

    Contohnya: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

   Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.



1 comments:

[A.A.W] TAUTAN ATAU KOHESI


Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

  Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik. “Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976)

  Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing."

  Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:
  1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
  2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

  Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

0 comments:

[I.K.W] ISU DALAM WACANA


Analisis wacana adalah suatu pengkajian terhadap unsur-unsur yang membuat suatu wacana koheren (Cook, 1994:6). Fokus kajian analisis wacana, menurut Crystal (1985) adalah struktur, yang secara alamiah ada pada bahasa lisan, misalnya: percakapan, wawancara, dan ucapan-ucapan tertentu. Pengertian analisis wacana di atas, masih dalam kategori pengertian dasar, karana pengertian tersebut terus berkembang.

 Ada tiga kelompok analisis wacana, iaitu aliran :
(a)    positivisme-empiris, 
(b)   konstruktivisme, dan
(c)    pandangan kritis.

Menurut kefahaman positivisme-empiris, pengkajian analisis wanaca difokuskan pada keteraturannya, iaitu kegramatikalan kalimat dan kepaduan wacana. Karana menurut faham ini bahasa (wacana) adalah jambatan penghubung antara manusia dengan objek dunia luar, sehingga bahasa (wacana) perlu dibuat dengan baik. Analisis wacana tradisi positivisme ini mempelajari aturan-aturan yang harus dipenuhi oleh wacana agar suatu wacana baik. Dalam pandangan ini, paradigma subjek—objek komunikasi dipisahkan.  Analisis wacana model ini masih banyak dipengaruhi oleh pola aliran transasisional, dalam memandang bahasa.

Kefahaman konstruktivisme dalam mengkaji wacana, berbeza dengan faham positisme-empirik. Dalam menelaah wacana, subjek-objek komunikasi tidak dapat dipisahkan. Pola pikir ini banyak dipengaruhi pemikiran fenomenologi. Dalam khazanah ilmu bahasa kelompok ini dikenali  aliran interaksional (Wahab, 1998:69). kefahaman ini melihat subjek komunikasi dan hubungan sosialnya sebagai aspek tunggal. Subjek komunikasi dipandang sebagai pelaku yang mampu mengawal wacana dengan  maksud-maksud tertentu. Setiap pernyataan adalah tindakan penciptaan makna, pengungkapan diri, dan pembentukan jati diri pembaca. Oleh sebab itu, analisis wacana model ini dimaksudkan sebagai analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu yang tersembunyi.

Kefahaman kritis (pandangan kritis) dalam menganalisis wacana mempertimbangkan faktor kekuasaan, karana faktor ini berperanan dalam membentuk jenis subjek (pelaku) dan perilaku yang mengikutinya.  Dalam proses produksi dan reproduksi wacana, subjek sangat berperanan. Oleh sebab itu, wacana yang dihasilkan perlu diteliti dengan kritis (dikritisi). Analisis wacana model ini berfokus pada kekuatan subjek dalam memproduksi wacana. Subjek dalam analisis faham kritis dianggap sebagai individu yang tidak neutral, sehingga bahasanya pun juga tidak neutral. Tujuan analisis wacana jenis ini adalah melihat secara kritis tentang: peranan subjek tertentu, tema, perspektif yang dipakai, dan tindakan tertentu yang sedang dilakukan terhadap masyarakat. Karana perspektifnya yang selalu kritis, maka analisis wacana jenis ketiga ini disebut analisis wacana kritis.

Analisis wacana dalam mengkaji bahasa mempunyai sikap yang berbeza dengan linguistik kalimat. 

Data bahasa dalam analisis wacana berciri :
(a) bahawa bahagian-bahagian bahasa itu membentuk satu kesatuan (saling berkait), 
(b) mengutamakan pencapaian makna, 
(c) bahasa hadir  dalam konteks tertentu, dan
(d) data berasal dari hasil observasi (tidak dibuat-buat). 

Sebaliknya, data bahasa dalam linguistik kalimat, mempunyai ciri :
(a) kalimat-kalimat lepas, 
(b) tersusun berdasarkan tatabahasa yang benar, 
(c) tanpa konteks, dan 
(d) hasil pemikiran yang cenderung artifisial(Cook, 1994:12).


0 comments:

[A.T.W] FUNGSI PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan atau rangkaian perkataan yang  berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang  semasa menulis atau berucap dan ia amat penting  dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan serta kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga terbentuk kesatuan. Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk:     
    
i)   menyambung ayat dengan ayat;
ii)  melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan,     gramatis  dan bermakna.
iii) menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain

           
Raminah Hj Sabran (1985) melalui bukunya Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan telah membincangkan tentang fungsi penanda wacana dengan meluas sebagai panduan kepada bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa seluruh negara. Nik Safiah Karim (2009) di dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ada menyebut tentang fungsi penanda wacana ini. Pendapat beliau turut dikongsi bersama oleh Samsu Yaakob (2009) di dalam bukunya yang berjudul Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa Bahasa Melayu.  Menurut mereka ini, di dalam bahasa Melayu, terdapat lima jenis utama  penandaan wacana seperti:

i)      Penanda penghubung
ii)     Penanda rujukan
iii)    Penanda penggantian
iv)    Penanda leksikal dan
v)     Penanda elipsis atau pengguguran

1 comments:

[A.T.W] TEORI WACANA

v  Teori Sanat Md. Nasir

Menurut Sanat Md Nasir (1998:122-124) berpendapat bahawa, teori-teori bahasa wacana sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu :

ü  Teori Atqakum

Teori ini menggabungkan kepada deskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepadaan „atqakum‟. penggunaan bahasa tetapi turut melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti kebahasaan. Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep “alamma” memperlihatkan perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai “Wacana Plus Plus”. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sauatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus.

Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam konteks yang paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa, klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini, tatabahasa wacana plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi. Tatabahasa wacana plus plus menggabungkan bahasa pertuturan (literal) dengan bahasa hati untuk menghasilkan kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan ikutan yang terbaik.

Selain itu juga, tatabahasa wacana plus plus bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah mencakupi persoalan asal-usul bahasa  (Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan perkara asal usul  bahasa berpandukan sumber aqli dan naqli.

Menurut Beaugrande dan Dressler (1986:17) : “If we assume that structures are always the outcome of intentional operations, then even single sentences must evolve through election rather than being derived  from abstract rules alone.”

Berdasarkan petikan dapat difahami bahawa dalam sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan dianggap telah terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan wacana juga adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan memperhatikan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap bentuk lahir ayat seperti mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga berfungsi untuk menyatakan suatu fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat disampaikan melalui struktur dan sistem yang  bersangkutan dengan cara penyampaiannya.


Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4) menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia teks iaitu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).

0 comments:

[A.T.W] JENIS-JENIS WACANA

v  Wacana Lisan

Wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.

v  Wacana Tulisan


Wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

0 comments:

[A.T.W] LATAR BELAKANG

[A.T.W] LATAR BELAKANG WACANA BAHASA MELAYU

Menurut Sanat Md. Nasir (2002: 9-12), kajian wacana bahasa Melayu masih baru. Ada pendapat yang mengatakan Muhammad Yunus Maris (1966) merupakan perintis analisis wacana dalam bahasa Melayu dengan menggunakan teknik keperihalan keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama.

Setakat yang terkumpul, Harimurti Kridalaksana (1970: 1), menulis makalah beliau “NYA sebagai penanda anafora”. Pada tahun 1978, beliau telah menulis kertas kerja yang bertajuk “Keutuhan Wacana” dan diterbitkan sebagai artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa. Artikel itu membahaskan keutuhan wacana sebagai salah satu aspek analisis wacana. Penelitian beliau kelihatan terpengaruh dengan aliran tagmemik dan linguistik teks. Demikianlah juga aliran tagmemik digunakan dalam Ph.D. Ajamiseba (1978).

Kerancakan penyelidikan tentang wacana bahasa Melayu berlaku dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin rancak di Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah (1980a dan 1980b) telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Dalam artikel yang pertama itu, beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lufti Abas (1982) dan Soenjono Dardjowidjojo (1985).

Selain yang berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilakukan secara serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Daripada bibliografi latihan ilmiah yang diusahakan oleh Ismail (1994) dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat 14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah tahun 1989.

Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an setakat yang terkumpul ialah Sucipto (1987) dan Wong (1988). Sucipto melihat unsur tautan manakala Wong, kesinambungan topik. Di peringkat disertasi kedoktoran pula, termasuklah Abdul Aziz Idris (1982), Farrerty (1982), Azhar M. Simin (1983), dan Tallei (1988). Abdul Aziz berfokus pada aspek struktur tema dan sistem hubungan logikal dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan Inggeris. Rafferty pula melihat struktur wacana bahasa Indonesia yang dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis wacana yang dalam bahasa Malaysia sedangkan Tallie, dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntutan, dan keterbacaan wacana buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar.

Penelitian wacana sepanjang tahun 1980-an dalam bentuk buku dan sebahagian daripada buku dapat dilihat seperti dalam Asmah (1987: 108-127) tentang teks saintifik, Tarigan (1987) Pengajaran Wacana dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia (1988: 334-360). Dekad awal 1990-an diperteguh dengan kerancakan penelitian tentang wacana bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan oleh peneliti berikut. Sato (1991) menghasilkan tesis Ph.D. dengan tajuk “Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan beliau pada hubungan antara susunan ayat yang logikal dengan susunan maklumat. Perhatian juga diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan tersebut.

Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena pengukuhan beliau sebagai profesor telah memilih tajuk “Analisis Wacana dan Penerapannya”. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik seperti analisis wacana sebagai cabang ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan dengan tulisan, konteks situasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi, implikatur, presuposisi, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koherensi dan pengetahuan tentang dunia. Di hujung syarahan beliau itu, ada dimuatkan contoh-contoh analisis wacana.

Manakala peneliti lain yang menghasilkan artikel atau kertas kerja, seperti Samsuri (1992), Ramlan (1992), Ebah (1992), Wong (1992;1993), Sanat (1992;1994;1995a dan 1995b;1996a dan 1996b), Dede Oetomo (1993), Ismail (1993;1994) dan Zahrah (1995).

Jika ditinjau dari segi penghasilan latihan ilmiah dalam bidang ini bagi tempoh 1990 hingga 1994 di Malaysia, terdapat 17 buah, iaitu 15 buah dari Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan dua buah dari Rancangan Bahasa Melayu, Universiti Malaya. Dua buah latihan ilmiah itu terdiri daripada Hasnah (1994), “Analisis Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu” dan Tan (1994), “Tautan dalam Bahasa Melayu”. Kedua-dua latihan ilmiah tersebut menggunakan kerangka Halliday dan Ruqaiya Hasan (1976).

Seperti yang telah dinyatakan di atas, wacana sebagai bidang kajian dalam penelitian bahasa Melayu masih baru. Hal ini berlaku kerana beberapa sebab. Antaranya, wacana sebagai satu disiplin hanya berlaku pada tahun 1970-an di Eropah dan di Amerika Syarikat. Biasanya, kesannya akan memakan waktu antara 5 hingga 10 tahun untuk sampai ke sini. Pada waktu yang sama, aliran transformasi generatif yang dipelopori Chomsky masih kuat bertapak sehingga kebanyakan ahli bahasa kita yang belajar di peringkat kedoktoran dalam tempoh itu telah terpengaruh dengan aliran tersebut. Selain itu, kajian wacana sebagai mata kursus peringkat sarjana muda di universiti tempatan masih belum menyeluruh. Lufti, Sanat dan Nuwairi (1985) telah membuat tinjauan tentang pengajaran linguistik di Malaysia dari segi konsep dan aliran, dan didapati hanya Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ada menawarkan kursus tersebut. Bahkan, kursus itu pun dianggap umum sebab sekadar menyatakan topik tentang teori sintaksis yang boleh dilihat daripada aliran lain yang bukan wacana, seperti tranformasi generatif.

      Pada awal tahun 1990 diberitahu bahawa di IKIP Malang, Unika Atma Jaya dan di Universitas Indonesia di Indonesia masih belum ada kursus seumpama itu di peringkat ijazah pertama. Demikian juga di Jabatan Pengajian Melayu, National University of Singapore. Sebaliknya, Pengajian Bahasa Malaysia, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia sudah menawarkan kursus “Analisis Wacana” di peringkat ijazah dasar bagi sesi 1989/90. Di Rancangan Bahasa Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya kursus tersebut hanya dapat dimulakan pada sesi 1993/94 dengan tajuk “Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu”. Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Bahasa Moden, Universiti Pertanian Malaysia belum lagi menawarkan kursus yang seumpama itu pada sesi 1995/96.

Sumber: http://mlc.alc.nie.edu.sg/docs/sanat_mdnasir.pdf



0 comments:

[A.T.W] PENGENALAN


Komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, bahasa sebagai alat komunikasi sangat penting untuk menjayakan komunikasi ini tanpa adanya bahasa maka komunikasi tidak berlaku dan kehidupan kita tidak ada interaksi antara sama lain. Walau bagaimanapun berdasarkan hierarki tatabahasa kita mendapati ayat berada di tingkat teratas dalam bahasa. Pada peringkat yang melebihi ayat dikenali sebagai wacana. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Perkara yang penting dalam wacana ialah retorik. Konsep yang diketengahkan dalam wacana ialah meliputi komunikasi bertulis, iaitu melibatkan pembaca dan penulis dan komunikasi lisan pula melibatkan penutur dan pendengar. Hal ini membuktikan bahawa wacana ialah kesatuan bahasa lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, termasuk rujukan kepada komunikasi dalam konteks.

Penelitian yang dibuat dalam penulisan ini adalah bertujuan untuk memaparkan konsep wacana. Selain daripada itu, sejarah kemunculan bidang wacana di dunia ini turut diteliti. Malahan, kajian sejarah kemunculan bidang tatabahasa wacana dikaji dari zaman abad keagamaan dahulu kala sehingga kemunculan bidang ini di Eropah dan di Malaysia. Selain itu, perkara yang turut dikaji ialah kemunculan tatabahasa wacana di Malaysia serta perkembangan bidang ini di institusi pendidikan tinggi di negara kita. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kita mengetahui orang yang menjadi pelopor-pelopor kepada bidang ini di Barat dan di tanah air kita sendiri.

Sebelum kita meneliti perkembangan bidang wacana di dunia ini, lebih baik terlebih dahulu kita mengkaji makna wacana itu sendiri . Seperti pepatah mengatakan “tak kenal maka tak cinta”. Oleh sebab itu, kita perlu mengenali dan memahami dahulu makna wacana supaya memudahkan kita mencari perkara yang lebih mendalam lagi dalam wacana. Dalam perbincangan ini, konsep wacana itu akan dihuraikan secara terperinci. Wacana dianalisis oleh pengkaji-pengkaji bahasa kerana penggunaan wacana itu sendiri sangat penting dalam kehidupan manusia. Semua perkara yang dilakukan oleh manusia yang melibatkan bahasa ialah wacana.

Wacana sebuah konsep yang meliputi semua aspek komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa, wacana bukan sahaja merupakan sebuah komunikasi bertulis yang melibatkan antara penulis dan pembaca, malah ia juga melibatkan komunikasi lisan antara penutur dan pendengar. Seperti yang telah disebut di atas, wacana dalam pertuturan dan penulisan memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan juga konteks. Wacana juga ialah satuan bahasa yang terlengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang dapat memperlihatkan kesinambungan fikiran dalam kehidupan kita yang memerlukan komunikasi dalam hidup.

Analisis wacana adalah padanan frasa bahasa Inggeris discourse analysis. Istilah ini mula digunakan oleh Zellig Harris di Amerika Syarikat apabila beliau menerbitkan makalah dengan judul tersebut pada tahun 1952. Harris memanfaatkan teks bagi menghuraikan unsur morfen, kata, frasa, pola ayat, dan taburannya dalam teks serta bagaimana teks dibina dalam pelbagai genre seperti perbualan, lawak, jenaka, bahasa dalam program televisyen, bahasa dalam cerpen, iklan, papan tanda dan sebagainya. Menurut Beaugrande dan Dressler sesebuah teks yang komunikatif dikatakan perlu memiliki tujuh tahap ketekstualan, iaitu melibatkan aspek tautan, aspek runtutan, tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat, tahap keadaan dan tahap interteks.


Sumber:

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob. (2012). Tatabahasa wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

0 comments:

[K.W] KONSEP WACANA

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono.  Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian ke dan dari’. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis.
 
   Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada ujaran bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.
 
   Selain itu, menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama.
 
   Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.
   
   Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi.
 
   Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis se-bagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis wacana kritis mengambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sanggup mendedahkan dan memeranginya.
 
   Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang melihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi aturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.


   Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam kegiatan wacana serta hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk menguasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana dimaksudkan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.   


    Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan institusional. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berperanan dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategi di dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa. Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa. 

    Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang mencakupi unit tertinggi bahasa, iaitu wacana, juga mengambil kira asas penggunaan bahasa yang mengambil kira konteks dan konteks yang cukup luas sehingga memungkinkan pengguna peka teks, konteks, dan konteks amalan sosial dan amalan agama. Dengan kata lain, tatabahasa seperti ini dikenali sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat, 2005 dan 2006). Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana dari segi cakupan tumpuan pada wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. Metodologi analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johns-tone, B. (2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara eksplisit, sama ada mental atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu.

Sumber: http://pelangipetang89.blogspot.my/2009/07/wacana.html#!/tcmbck    

0 comments:

[AAW] CIRI-CIRI WACANA

ASPEK ANALISIS WACANA


1.0       CIRI-CIRI WACANA

Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu:
a)    satuan bahasa
b)    terlengkap
c)    mengatasi ayat atau klausa
d)    teratur atau tersusun rapi
e)    berkesinambungan
f)     kohesi
g)    lisan atau tulisan
h)    awal dan akhir yang nyata

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.


1.1       Tautan atau Kohesi
Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk suatu kesatuan. Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.
Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik.
“Tautan merupakan satu set kemungkinan yang wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan” (Halliday dan Hasan:1976)
Menurut Halliday dan Hasan lagi, "Cohesion is expressed through the strata organization of language. Language can be explained as a multiple coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic (meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression). Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn (recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put into wording and wording into sound or writing."
Halliday dan Hasan telah cuba melihat tautan makna itu dari dua sudut iaitu tautan nahuan dan tautan leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatu kesatuan teks. Selain itu, kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.
Contohnya:
i.      Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
ii.     Mereka ke sana untuk meminjam buku.
Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Syazwani, Siti dan Faiznur, sementara sana merujuk kepada perpustakaan. Oleh itu, kedua-dua ayat yang mempunyai tautan ini dianggap sebagai wacana. Tambahan pula, kedua-dua ayat ini bermakna dan difahami.

1.2       Runtutan atau koheren
Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesbuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.
Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah Negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna. Kebanyakan wacana mempunyai tautan untuk menjadikannya runtut. Walau bagaimanapun, teks yang bertaut tidak semestinya runtut.
Contohnya: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.
Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren. Oleh itu, untuk menghasilkan wacana, sesuatu teks itu perlulah koheren atau runtutan.


1.3       Tujuan
Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.


1.4       Penerimaan
Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.


1.5       Maklumat
Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.
Contohnya:
i.      Puan Rita mengajar di sekolah menengah.
ii.     Sekolah itu sekolah berasrama penuh.
Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu.


1.6       Keadaan
Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.
Setiap wacana perlu dikaji kaitan dan kedudukan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. Gaya formal, contohnya, wujud apabila seseorang guru pelatih berkomunikasi dengan pensyarah, murid atau pelajar berhubung dengan guru. Gaya tidak formal adalah gaya yang wujud dalam hubungan biasa antara rakan. Hubungan ini menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan.
Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan , jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat Tanya. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya:
“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”
Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Tegasnya, ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.Misalnya:
“Cikgu Shafie mengajar dengan penuh dedikasi.” “ia mendapat pujian daripada guru besar.”
Setiap wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.


1.7       Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah. Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.


0 comments: